Saturday, June 5, 2010
Resepi Ikan Pekasam Utara
Resepi Ikan Pekasam Utara
Bahan-bahan ( 5-6 ikan )
- 6 ekor ikan puyu (ikan sepat, ikan talapia pun boleh digunakan)
- 1 cawan garam kasar (halus pun boleh digunakan)
- 1 cawan beras yang telah digoreng tanpa minyak
- Sedikit gula
Cara-cara
- Bersihkan ikan-ikan puyu, kemudian lumurkan seluruh ikan itu dengan garam biar lebih sikit takpe, masukan ikan tersebut di dalam bekas yang boleh ditutup.Biarkan sampai esok.
- Blend beras yang digoreng sehingga halus. Keluarkan ikan dari bekas, selepas tu basuh ikan dan sejat. Taburkan sedikit gula dan lumurkan beras pada ikan tersebut. Biarkan semalaman didalam bekas tertutup.
- Setelah itu masukan dalam peti ais untuk tahan lebih lama(jgn simpan di tempat yg beku simpan di bahagian bawah tempat isi sayuran/buahan)
- Kemudian bolehlah di goreng ikan tersebut sehingga garing. Gorengkan sedikit cili kering dan bawang merah dan taburkan diatasnya. Siap utk disantap bersama.
Selamat Mencuba
credit to: princessharyati@myresipi.com
Ikan Pekasam
Beberapa koleksi ikan pekasam yang sungguh menyelerakan. Mesej saya @ adinosent@gmail.com / HP saya untuk dapatkan lebih banyak maklumat tentang ikan pekasam ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)